Adakah tuan-puan tahu bahawa statistik terkini menunjukkan terdapat
49,111 pesakit yg menjalani dialysis di Malaysia. Bersamaan sekitar
8,000 pesakit diaslisis baharu di rekodkan setiap tahun.
Angka 49 ribu pesakit di Malaysia adalah sebuah angka yg besar dan membimbangkan tuan puan. Fasiliti mesin dialisis di Hospital kerajaan sudah tidak mencukupi lagi untuk menampung jumlah besar pesakit kita sekarang. Manakala sekiranya pesakit dapatkan rawatan di tempat swasta, kos pula menjadi sangat mahal
Oleh sebab itu tuan puan, satu peluang untuk kita sama2 jadi sebahagian dalam pasukan untuk bantu atasi masalah dialsis ini dengan cara kita sokong kempen wakaf pembangunan pusat dialysis yang bakal dibina dipermas jaya johor ini yang dinamakan sebagai Wisma Al Ansar.
Sebanyak 12 mesin tersedia untuk kegunaan pesakit manakala kos pula akan ditanggung separuh/sepenuhnya kepada golongan yang tidak berkemampuan.